Sunday, November 15

Menunggu..

Aku rasa satu masa aku akan berhenti menunggu, menanti sesuatu yang tak pasti.
Aku tak boleh menjadi insan yang terbaik untuk dia. Aku bukan mahu berputus asa, tetapi hanya penat dan letih menunggu.

Mungkin aku yang berlebihan dengan mengharap dia memahami apa kehendak dan keinginan aku, padahal dia tiada apa-apa dan menganggap aku hanya sekadar pengisi dimasa dia keseorangan dan kebosanan.

Apa aku rasa ? Aku rasa seperti bodoh.
Ya, bodoh kerana meluahkan rasa hati.
Aku rasa aku terlalu mengharap, mengharap sesuatu yang tak pasti.

Aku pasti ada kerana dia ada, tetapi aku akan cuba untuk berubah untuk tidak rasa hati ini terlalu berharap.

Tengok dia happy dan gembira pun sudah memadai bagi aku walau aku tahu aku tidak wujud disebalik kisah itu.

Aku akan tetap senyum walau hati aku terluka. Aku akan selalu ada perhatikan dia, walau aku tahu dia tak mengendahkan aku..


DamageCrew™


Sunday, November 8

My 2nd xLove

Selepas perpisahan dengan awek pertama, aku terasa dunia ini sungguh sepi. Aku jadi tak tentu arah, melepak buang masa, bergaduh dengan tak tentu pasal, dan macam2 perkara yang aku sendiri buat tanpa aku sedari dosa pahala.

Dalam masa berbulan aku melepaskan tekanan hidup yang amat sukar, mendapat bantuan nasihat dari keluarga dan rakan-rakan. Akhirnya aku akur dengan fitrah kehidupan di dunia ini.

Aku jalani kehidupan seperti biasa tetapi tidak seperti dulu. Aku menjadi panas baran, pantang ada salah sikit, maki hamun lah yang di terima oleh orang itu

Pertemuan dengan awek ke-2 aku bermula di mIRC, dia tegur aku tetiba aku terus marahkan dia. Sangat bodoh tindakkan aku bila aku fikirkan balik, orang tegur aku marah.. Maaf lah ye!

Dia sebaya aku, cara kenal yang agak pelik. Dia pun lepas clash of couple, so aku dan dia sama. Aku cerita itu, dia cerita ini. Makin lama makin rapat, 1st aku jumpa dia kat terminal kuantan. Dia still study lagi kat area 51 (aku rahsiakan lokasi).

Aku senang dengan dia kerana dapat terima aku untuk berkawan. Perjalanan jauh agak berbaloi, jauh perjalanan luas pemandangan. Aku dengan dia semakin rapat, dan dalam masa beberapa bulan. Mulalah aku dengan dia hidup sebagai kekasih, mula-mula agak happy. Aku cuti, aku ke sana.. Dia cuti, dia ke sini..

Jarak jauh ni macam-macam dugaan yang mendatang, aku pulak pantang silap memang dia kena marah je lah. Makin lama makin berangin aku dengan perangai dia.

Aku dah kata tak perlu nak membohong kalau hal tu betul, ini tak asyik nak menipu ja. Kantoi saja dengan aku ke mana pergi, buat apa, aku dapat rasa sesuatu. Kurang lebih 2tahun gak aku dengan dia bermadu kasih.

Aku cuma tak tahan dengan perangai dia menipu untuk diri sendiri walaupun perkara tu kalau beritahu aku, takdelah aku nak marah. Simple jer bagi aku, aku buat apa aku beritahu. Aku lepaskan kau sebab aku rasa aku pun tak layak untuk kau. Aku tak sanggup nak marah, maki hamun kau lagi. Maafkan lah aku, aku tahu apa kau buat untuk aku tu untuk jaga hati aku tapi tak perlu sampai menafikan apa yang kau buat tu betul. Terus terang, aku pasti tak marah dari terasa kau menipu aku.



DamageCrew™

Wednesday, November 4

Luahan hati..

Aku cuba untuk jadi yang terbaik buatmu, tapi semakin aku cuba semakin terasa hati aku dengan cara kau. Aku sedar aku hanya seorang penumpang di hati kau, aku tidak layak mendapat sebarang kelebihan? 

Aku tahu aku tak bisa jadi yang UTAMA, tapi tak boleh ker untuk aku jadi orang yang terpenting dalam diri kau? Aku tak mahu terasa diri aku ini hanya boneka untuk kau, salah ker mahukan kelebihan itu ? Kalau itu salah, apa guna aku ? 

Aku tahu ego kau sungguh tinggi, salah ker turunkan ego kau untuk aku? Kau kata kau sayang aku, tapi apa yang membuatkan kau sayang aku? kerna hati aku dulu pernah suka kau? kerna aku luahkan segalanya pada kau? kau simpati pada aku? 

Aku cuma luahkan apa yang pernah wujud dalam hati aku, aku tak mahu perasaan simpati kau menjadi perasaan sayang pada aku sbb tu bukan lahir dari hati kau, itu simpati kau saja yang menyebabkan kau kasihan pada aku, bukan atas makna SAYANG.

Aku berubah untuk diri kau, aku turunkan ego aku untuk diri kau, aku buat segalanya untuk diri kau.. Kau anggap apa yang aku tanya, tegur, beritahu itu tak penting.. Ya, itu yang aku rasakan.. Kalau bukan buktikan pada aku!

Aku tahu kau tak suka dikongkong, aku tak halang kau buat itu ini, aku tak pernah jemu untuk bersama kau, aku tak akan pernah jemu melihat kau.. kerana aku sayang kau! 

Andai kata kadang aku mendiamkan diri bukan kerna aku mahu jauhkan diri dari kau, tapi aku cuba tenangkan diri untuk berfikir bagaimana cara untuk melihat kau gembira. 

Jika engkau terbaca dan terasa hati dengan coretan ini, hanya ampun dan maaf dapat aku minta dari kau. 

Aku cuba untuk menjaga hati kau dan kalau terpaksa korbankan diri aku untuk melihat kau gembira, aku rela demi sayang aku pada kau.


DamageCrew™

Sunday, November 1

Aku merepek..

Setelah bersambungnya hubungan yang terputus kian lama, aku dengan dia semakin rapat. Banyak cerita yang aku dan dia kongsi. Cuma cerita yang menarik, tiada bab keluarga selain hal-hal biasa. 

Aku sangat kagumi dia kerana dari salah satu cerita sangat menarik pada aku, membuat aku terpegun apabila seseorang sedang jatuh dapat bangkit semula dari kehidupan yang serba mencabar zaman ini. Kalau aku, maybe ntah apa jadi.

Itulah kehidupan.. ada masa kita di atas, ada masa kita di bawah. Sama ada kita berjaya bangkit atau tidak itu terpulang pada diri kita untuk menentukan hala tuju kita.

Dendam, marah, benci, sakit hati, menangis, gembira, teringatkan seseorang, senyum, diamkan diri.. Semua aku dah rasa. Ketika aku banyak berdiam, itu bermakna aku sedang mencari ketenangan kerana terluka dengan keadaan.

Adakalanya diam dan bersendirian itu lebih baik supaya tidak menyakiti hati orang lain. Aku tak kisah dengan orang yang tidak menyukai aku, aku lebih risau dengan orang yang berpura-pura menyukai aku.

Aku dan dia mungkin senang berkomunikasi kerana aku agak selamba, dia agak cuba mengawal. Tapi aku tau, dia cuba untuk tidak menunjukkan perasaan yang sedih,marah, dan lain-lain. Boleh aku katakan ego ? ego agak tinggi..? Sangat malu..?

Kadang-kadang dia macam tak memahami hati aku yang menyayangi dia. Dalamnya kasih aku, kasih yang tidak dapat dibicarakan hanya jiwa yang memahami.

Rasa cinta itu bukan yang difikirkan oleh akal tapi apa yang dikatakan oleh hati. Jika kamu tidak bisa menjadi seperti pensil untuk menulis kebahagian seseorang, jadilah pemadam untuk menghapuskan kesedihan seseorang.

Ada ketikanya kita terpaksa berpura-pura gembira untuk menyembunyikan kesedihan yang kita rasa demi melihat sebuah senyuman terukir pada wajah orang yang kita sayang.

Jangan paksa orang untuk sayang kita, untuk terima kita, untuk bersama dengan kita, biarlah dia ikhlas dengan seadanya.

Betul x? hahaha apa aku mengarut pun aku x pasti. Mungkin kerna perasaan celaru dan serabut sedang bersarang dalam kepala aku.

Sometimes kita tak mampu menjadi sempurna di mata seseorang tetapi kita cuba yang terbaik untuk orang yang kita sayangi.



DamageCrew™

Tuesday, October 27

Night Fishing?

Aktiviti Memancing Waktu Malam.

Kisah ini berlaku dalam tahun 2004, sewaktu aku bekerja di pasir gudang. Setiap minggu aku akan balik ke Kluang untuk berjumpa emak, arwah abah aku dan lepak dengan kengkawan aku.

Pada hari sabtu biasanya aku setengah hari waktu bekerja, tapi kerana ada kes kecemasan aku kerja lebih masa. Pada hari itu, aku sampai ke Kluang lebih kurang pukul 11.00mlm.. 

Aku pergi ke rumah kawan aku terus pakat mahu pergi memancing. Aku berempat menaiki sebuah kereta pergi ke jambatan jemaluang, berbekalkan umpan cacing aku dengan kawan-kawan aku bergerak selepas pukul 12.00mlm.

Kerana minat dan keseronokkan seorang pemancing, aku and the geng meredah perjalanan malam yang agak berkabus. Jalan sunyi, hanya bunyi unggas diwaktu malam menemani perjalanan.

 Sesampai memasuki jalan ke jemaluang, aku terpandang sekujur tubuh berdiri ditepi jalan. Sekali imbas, tapi aku pasti apa yang aku nampak.. Seorang tengah berdiri berpakaian karung guni warna coklat, sehingga menutup kepala.. karung guni macam zaman dahulu yang menutupi kepala, senang kata kalau pernah lihat cara orang cina menghadapi kematian seseorang, lihat yg pakai sarung kepala tu mcm hood. 

Aku tergamam! mujur aku kereta yang aku pandu tidak terbabas kerana aku terserempak di kawasan selekoh. Selepas itu aku bertanya pada kawan-kawan aku yang lain, ada nampak tak apa yang aku nampak tadi.. mereka cuma ketawa mengatakan aku sudah ngantuk.

Aku duduk diam memikirkan apa kejadah menda tuh, sambil memandu sehingga ke jambatan jemaluang. Jam menunjukkan 1.20pagi, tiada lagi kenderaan lalu waktu begini.

Aktiviti memancing bermula dengan agak rancak, sambutan ikan yang makan umpan sangat menakjubkan. Tetapi tiba-tiba tempat yang sebelum ini aku mancing tiada sangkut apa-apa, boleh sangkut. Aku hairan, tadi ok jer laa ni sangkut. 

Tup! putus, ok xpe.. aku setting balik joran aku, sambung memancing.. Eh sangkut lagi, tupp! putus lagi!! isk, dugaan.. setelah 3/4 kali putus ditempat yang sama, aku mengambil keputusan untuk tidur! sebab aku perlukan rehat untuk memandu masa pulang.

Aku tersedar sekitar pukul 4.30, masih dalam keadaan mamai.. Aku terpandang susuk tubuh tadi dibelakang kawan-kawan aku, aku tergamam, lantas aku memberitahu kawan-kawan aku mancing jangan leka sangat, ingat-ingat ada orang kat belakang. 

Aku pejam mata balik, untuk menghilangkan perasaan seram sejuk kerana jarak aku dengan mahkluk tu dalam 4-5 langkah saja. Jam loceng dari telefon bimbit aku berbunyi menandakan pukul 5.30 pagi.

Aku mengemas barang-barang untuk bergerak balik, sambil mengemas aku bertanya pada kengkawan aku.. Banyak hasil ? salah seorang menjawab, banyak apa kena ganggu adalah. Aku tersenyum, nasib baik aku tidur. Setelah semua siap mengemas, aku and the geng memulakan perjalanan balik ke rumah dalam kesejukkan pagi!

Sepanjang perjalanan, aku and the geng bercerita tentang gangguan di jambatan jemaluang. Rupa-rupanya diaorg kena lagi teruk, siap ada ngilaian wanita. Keseronokkan memancinglah yang utama bagi pemancing macam kami. 

Ujian waktu memancing itu menjadi salah satu kenangan memancing bersama rakan-rakan.
Sekian.. See ya!


DamageCrew™

Monday, October 26

Hati ini... rindu

Aku tau amat terseksa apabila merindui seseorang yang bukan ada berdekatan. Seandainya rindu ini dapat ku jadikan angin, akan aku tiup angin ke arahnya. Biar dia rasa kehangatan dan kelembutan rinduku padanya. 

Untuk berjumpa dengan dia entah bila, hanya pesanan ringkas aku kirimkan untuk bertanya khabar.

Hari semakin hari, aku merindui gelak tawa dan kemanjaan dia yang dalam diam agak kabur. Kabur kerana malu dengan aku ? Ya, aku tau dia agak malu untuk meluahkan sesuatu. Kadang-kadang menggunakan kiasan dalam ayat.

Hati bertanya, tiap saat tiap masa. Dia rindu pada aku ker? Aku? Hanya dengan melihat foto dia, aku melepaskan perasaan rindu.

Seakan aku mahu berbicara tentang perasaan aku waktu dulu, apakan daya ku.. Dia dan aku tak mungkin bersatu, dan ceritaku mungkin hanyalah khayalan perasaanku terhadap dia.

Hidup ini tak seindah yang disangka. Tak semudah yang kita duga. Peritnya kadang tak terjangka. Namun kita perlu percaya disebalik yang berlaku ada hikmahNya.


DamageCrew™

Saturday, October 24

Sungguh memalukan..

Walau sudah lama tak berjumpa, aku tau dia masih cantik atau semakin cantik dari waktu dulu. Jika aku bole mengundurkan masa, aku pasti akan kembalikan waktu dulu.

Saat aku kacau dia, tapi takut dengan jelingan nya..
Saat aku rindu dia, tapi takut untuk meluahkan nya..
Saat aku suka dia, tetapi takut untuk memberitahu nya..
Saat aku jatuh hati pada dia, tetapi aku pendamkan saja..

Dan kini hanya berkawan seperti biasa, dalam waktu berkawan aku ceritakan apa yang berlaku dulu.. Aku cuma katakan anggap kisah lama aku ni sebagai cerita kosong untuk mengisi ruang dalam topik perbualan.

Dia agak terkejut dengan cerita aku (aku rasa lah), kenapa tak beritahu waktu dulu? kata dia.. Aku cuma tersenyum sendiri, aku jawab "silap aku, aku takut nak luahkan.."

Dan sekarang aku rasa serba salah bila dapat tahu dia akan datang, dan ingin berjumpa aku dan kawan-kawan lain. 
Aduh! serious aku rasa sangat malu untuk berjumpa dengan dia walaupun bukan berdua.

Memang aku ada rasa rindu pada dia, tapi takkan sampai aku nak jumpa dia. Dia milik orang, aku milik orang. Dan pada itu, dia memang tahu aku pernah sukakan dia tapi dia pernah ke sukakan aku? Pernah ke dia berperasaan begitu pada aku?

Aku sendiri tak tahu apakah aku harus diamkan diri, elakkan diri dari berjumpa dengan dia. Aku pernah beritahu dia, in sha Allah aku tak janji untuk dapat berkumpul bersama kawan-kawan yang lain..

Ibarat ambil pistol letak kat kepala sendiri dan tarik picu! BANG! Dia agak bengang dengan kenyataan aku, dia terus diam tak membalas. Perbualan terhenti sekejap ( agak lama, esok pagi nya baru dia balas ).

Itu pun setelah aku kata aku akan cuba untuk hadirkan diri lepak dengan dia dan kawan-kawan lain. Aku dah rasa lain macam, rasa malu, serba salah dan lain-lain.

Sebabnya, aku pernah ceritakan hal aku dulu-dulu pada dia. Jadi, aku agak malu dengan keadaan itu. Hanya aku yang pernah ada perasaan begitu, tapi dia takde pun.. so bole imagine kan, perasaan aku sekarang.

Aku ibarat jatuh tangga ditimpa pasu bunga. Faham? Aku panjat tangga, jatuh.. Pasu bunga jatuh kena aku pula.. haaa kan sakit tu..

Perasaan yang wujud antara manusia itu tiada pengakhiran kecuali kematian yang akan mengakhiri segalanya


DamageCrew™

Friday, October 23

My first Date.

Aku suka lepak cybercafe, aku mula kenali apa itu komputer, apa itu internet, apa itu perkenalan alam maya.

Aku bermula dengan mirC, server dal.net dengan webnet. Di situlah aku berkenalan dengan seorang gadis muda dari aku, nama dia ??? ( rahsia ). Orangnya bagi aku cantik, comel, periang dan jujur.

Lama kelamaan, aku dengan dia semakin rapat. Perhubungan tidak sekadar di alam maya, malah saling bertukar no.telefon rumah. Bermula itu line rumah agak sibuk kerana saling berhubungan mahu mengenali lebih banyak diri dan perasaan masing-masing.

Declare! Haha, utk kali pertama aku bergelar boyfriend kepada seorang perempuan. Perghh, sungguh teruja bila ada awek sendiri.

Bermula kisah romantik sepasang couple yang sedang hangat bercinta, sehari tak berhubung rasa ada kekurangan, makan tak lalu, tidur tak lena, mandi basah ok! Serious aku cemburu bila ada lelaki cuba nak dekati dia, ye la sayang kan..

Bulan demi bulan berlalu, satu tamparan hebat buat aku kerna mendapat tahu dia anak orang kaya! aku rasa kecil diri aku ini, aku bukan orang senang.
Aku cuba untuk bertahan, tapi hari demi hari aku rasa sakit hati kerana telinga aku rasa bingit dengan suara-suara yang memerli aku.

Aku akui, kalau keluar dating dengan dia kebanyakkan dia yang belanja. Jadi perasaan aku tak keruan, fikiran aku agak terganggu.
Aku rasa bersalah dengan dia, sungguh dia amat baik dengan keluarga aku. Aku memang sayang dia lebih dari diri aku.

Tapi aku tak mampu dengan ayat " Kau kawan dengan dia sebab harta dia kan " .. lagi pedih bila ayat tu keluar dari abang dia. Aku berkawan kerana hati dan perasaan, bukan kerana harta. Ya memang keluarga aku tak setaraf dengan keluarga dia, itu memamg aku akui.

Salah ker? Pipit tak boleh terbang sama dengan enggang kan, aku semakin tertekan bila keluarga dia berpindah ke segamat kerana ayahnya di naikkan pangkat (aku rasa la).

Emosi aku tak menentu, fikiran aku kusut. Jauh aku nak jumpa dia, aku rindu dia. Aku tak boleh terima keadaan begitu, keadaan yang membuat aku berubah menjadi pemarah dan seorang yang kuat cemburu.

Keluarga banyak nasihat kan aku supaya sabar, banyak berdoa, ingat taraf kita tak sama dengan dia.. Setelah hampir 2 tahun hubungan kian retak, kian sepi.
Akhirnya, aku buat keputusan yang agak drastik. Untuk pertama kali, aku mengalirkan air mata kerana seorang kekasih hati yang akan aku lepaskan.

Maafkan aku atas kekhilafan/kesalahan diri aku selama kita kenal, aku tak sanggup marah kau lagi, aku tak sanggup jauh dari kau, aku tak sanggup lukai hati kau tapi demi kebahagiaan kau yang akan datang, aku rela lepaskan kau pergi walau jauh sudut hati aku memberontak untuk bersama kau.

Kadang-kadang kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Cinta tak semestinya bersatu, cinta itu memerlukan pengorbanan demi kebahagiaan orang yang kita cintai.

DamageCrew™

Thursday, October 22

Untuk dia..

Sometimes aku sangkakan seseorang itu senang dengan cara aku..
Ya.. boleh borak, boleh gelak, dll.
Tapi ada masa aku terfikir adakah aku hanya SATU pilihan di kala dia kebosanan dan sekadar mengisi ruang dikala dia kesunyian..

Aku menanti sebuah kepastian untuk mendapat jawapan dari dalam hati dia, mungkinkah cuma aku sahaja yang rasa sayang tapi dia tidak?
Adakah sama perasaan dia terhadapku?
Memang perasaan itu hadir tanpa di sangka. Fahamkah dia akan maksudku ?

Jujur aku lelah dengan semua ini.. 
Aku tidak  memaksa dia utk sayang atau bersama dengan aku. Biarlah dia sendiri ikhlas untuk menerima semua itu...

Untuk hari ini, aku menanti hingga ke saat ini. 
Tiada jawapan, tiada pertanyaan.
Hanya aku yang berperasaan seperti itu?
Adakah aku patut diam setelah apa yang berlaku?
Tepuk dada, tanya selera..
Diam itu lebih indah kan..

Maaf jika mengganggu kehidupan dia seharian..
Aku coba tuk menepis perasaan selepas ini..
Ya, yang istimewa memang sukar dimiliki..

Ada masa kita menanti sesuatu yang tidak pasti..
Aku tak mengharap utk menjadi orang yg. penting dalam hidup dia, kerana aku tau ianya adalah sesuatu yg. mustahil dan besar bagiku.

Aku hanya berharap satu masa nanti, jika aku dan dia bertemu dan pada tika dia melihat ku... dia tersenyum.
Dan mengingati bahawa aku pernah selalu menyayangi dia.

DamageCrew™

Lucu bagi diriku..

Untuk kali ini aku akan ceritakan cerita yang agak lucu bagi diri aku selepas exam SPM.

Kisah yang tak disangka ini berlaku sewaktu aku hendak pergi ke rumah kawan aku. Ketika mahu parking motor di perkarangan rumah, aku terpandang beberapa gadis bermain di sekitar kejiranan rumah kawan aku..

Aku hanya tersenyum melihat telatah gadis-gadis itu sesama sendiri.Di situ aku beranikan diri, salam perkenalan aku hulurkan.. bertanya nama, umur berapa, tinggal mana dan sebagainya..

Ya, aku berani kan? haha.. 
Agak janggal bila aku berborak dengan gadis-gadis itu.. Mungkin aku tak biasa kerna aku jarang dekati gadis yang sebaya atau hampir dengan aku.

Waktu sekolah dulu, aku agak nakal.. Kawan sekolah aku yang perempuan akan di kacau oleh aku and the geng.. So itu sebab nya kot aku kurang kawan perempuan.

Berbalik kisah gadis tersebut , 2 or 3 hari lepas tu. Aku datang ke rumah kawan aku dan menerima sepucuk surat.. Surat pemilihan.. ada 2 gadis yang nak kenal aku lebih rapat!

Oh blur.. Mana boleh sekali dua! cukup seorang je bagi aku utk rasa ada awek. Aku suka yang sorang ni, agak lasak tetapi yang sorang lagi nampak sopan.. Akhirnya aku memilih yang agak sopan kot, aku pon tak berapa ingat..

Aku singkatkan cerita, kenal tak lama, tak declare couple pon, just kawan, sebab aku tak reti nak lebih-lebih.. lepas tu, henti berhubung!

Bagi aku agak lucu, kerana time tu boleh pulak terdengar lagu "Disana menanti,Disini menunggu" dalam radio..

Aku rasa ok kot berkawan dengan perempuan, cuma lain sikit rasa bila dengan perempuan..

Itulah yang berlaku pada diri aku, perkenalan yang agak lucu.. Kena buat pilihan, tetiba lagu kat radio ampir sama kisah aku.. Tapi tak lama pon, sbb aku tak reti tu semua..

Ketawa aku menghilangkan rasa kekeliruan dalam kenangan.

DamageCrew™

Sorry..

Dikala duduk seorang diri,
aku terkenang zaman persekolahan, memori berkasih bercinta hampir tiada kerana perasaan takut untuk bersama gadis seusiaku. Dalam aku minat seseorang, aku takut tuk luahkan mahupun untuk ucap salam perkenalan.

Melihat pada diriku, aku rasa banyak kekurangan sehingga membuatkan aku takut dan malu untuk berkenalan dari gadis yang aku minati. Ya, aku takut bertepuk sebelah tangan..

Setelah kian lama tak jumpa, hampir  lebih 15thn dan baru kini berjumpa kembali di alam maya namun segalanya sudah terlambat. Aku sudah berkahwin, dia pun sudah berkahwin.

Namun kenangan waktu dulu tiba-tiba menjelma kembali. Teringat yang aku pernah rasai kelainan perasaan terhadap dia. Waktu itu, aku selalu mengusik dia, terbayang senyuman yang pernah menarik perhatian aku dan jelingan marah dia kerana usikkan dari aku.

Banyak kenangan aku dgn dia tapi aku kurangkan untuk mengingatinya kembali, kerna aku seorang yang lemah dengan perasaan..

DamageCrew™