Aktiviti Memancing Waktu Malam.
Kisah ini berlaku dalam tahun 2004, sewaktu aku bekerja di pasir gudang. Setiap minggu aku akan balik ke Kluang untuk berjumpa emak, arwah abah aku dan lepak dengan kengkawan aku.
Pada hari sabtu biasanya aku setengah hari waktu bekerja, tapi kerana ada kes kecemasan aku kerja lebih masa. Pada hari itu, aku sampai ke Kluang lebih kurang pukul 11.00mlm..
Aku pergi ke rumah kawan aku terus pakat mahu pergi memancing. Aku berempat menaiki sebuah kereta pergi ke jambatan jemaluang, berbekalkan umpan cacing aku dengan kawan-kawan aku bergerak selepas pukul 12.00mlm.
Kerana minat dan keseronokkan seorang pemancing, aku and the geng meredah perjalanan malam yang agak berkabus. Jalan sunyi, hanya bunyi unggas diwaktu malam menemani perjalanan.
Sesampai memasuki jalan ke jemaluang, aku terpandang sekujur tubuh berdiri ditepi jalan. Sekali imbas, tapi aku pasti apa yang aku nampak.. Seorang tengah berdiri berpakaian karung guni warna coklat, sehingga menutup kepala.. karung guni macam zaman dahulu yang menutupi kepala, senang kata kalau pernah lihat cara orang cina menghadapi kematian seseorang, lihat yg pakai sarung kepala tu mcm hood.
Aku tergamam! mujur aku kereta yang aku pandu tidak terbabas kerana aku terserempak di kawasan selekoh. Selepas itu aku bertanya pada kawan-kawan aku yang lain, ada nampak tak apa yang aku nampak tadi.. mereka cuma ketawa mengatakan aku sudah ngantuk.
Aku duduk diam memikirkan apa kejadah menda tuh, sambil memandu sehingga ke jambatan jemaluang. Jam menunjukkan 1.20pagi, tiada lagi kenderaan lalu waktu begini.
Aktiviti memancing bermula dengan agak rancak, sambutan ikan yang makan umpan sangat menakjubkan. Tetapi tiba-tiba tempat yang sebelum ini aku mancing tiada sangkut apa-apa, boleh sangkut. Aku hairan, tadi ok jer laa ni sangkut.
Tup! putus, ok xpe.. aku setting balik joran aku, sambung memancing.. Eh sangkut lagi, tupp! putus lagi!! isk, dugaan.. setelah 3/4 kali putus ditempat yang sama, aku mengambil keputusan untuk tidur! sebab aku perlukan rehat untuk memandu masa pulang.
Aku tersedar sekitar pukul 4.30, masih dalam keadaan mamai.. Aku terpandang susuk tubuh tadi dibelakang kawan-kawan aku, aku tergamam, lantas aku memberitahu kawan-kawan aku mancing jangan leka sangat, ingat-ingat ada orang kat belakang.
Aku pejam mata balik, untuk menghilangkan perasaan seram sejuk kerana jarak aku dengan mahkluk tu dalam 4-5 langkah saja. Jam loceng dari telefon bimbit aku berbunyi menandakan pukul 5.30 pagi.
Aku mengemas barang-barang untuk bergerak balik, sambil mengemas aku bertanya pada kengkawan aku.. Banyak hasil ? salah seorang menjawab, banyak apa kena ganggu adalah. Aku tersenyum, nasib baik aku tidur. Setelah semua siap mengemas, aku and the geng memulakan perjalanan balik ke rumah dalam kesejukkan pagi!
Sepanjang perjalanan, aku and the geng bercerita tentang gangguan di jambatan jemaluang. Rupa-rupanya diaorg kena lagi teruk, siap ada ngilaian wanita. Keseronokkan memancinglah yang utama bagi pemancing macam kami.
Ujian waktu memancing itu menjadi salah satu kenangan memancing bersama rakan-rakan.
Sekian.. See ya!
DamageCrew™
Aku tau amat terseksa apabila merindui seseorang yang bukan ada berdekatan. Seandainya rindu ini dapat ku jadikan angin, akan aku tiup angin ke arahnya. Biar dia rasa kehangatan dan kelembutan rinduku padanya.
Untuk berjumpa dengan dia entah bila, hanya pesanan ringkas aku kirimkan untuk bertanya khabar.
Hari semakin hari, aku merindui gelak tawa dan kemanjaan dia yang dalam diam agak kabur. Kabur kerana malu dengan aku ? Ya, aku tau dia agak malu untuk meluahkan sesuatu. Kadang-kadang menggunakan kiasan dalam ayat.
Hati bertanya, tiap saat tiap masa. Dia rindu pada aku ker? Aku? Hanya dengan melihat foto dia, aku melepaskan perasaan rindu.
Seakan aku mahu berbicara tentang perasaan aku waktu dulu, apakan daya ku.. Dia dan aku tak mungkin bersatu, dan ceritaku mungkin hanyalah khayalan perasaanku terhadap dia.
Hidup ini tak seindah yang disangka. Tak semudah yang kita duga. Peritnya kadang tak terjangka. Namun kita perlu percaya disebalik yang berlaku ada hikmahNya.
DamageCrew™
Walau sudah lama tak berjumpa, aku tau dia masih cantik atau semakin cantik dari waktu dulu. Jika aku bole mengundurkan masa, aku pasti akan kembalikan waktu dulu.
Saat aku kacau dia, tapi takut dengan jelingan nya..
Saat aku rindu dia, tapi takut untuk meluahkan nya..
Saat aku suka dia, tetapi takut untuk memberitahu nya..
Saat aku jatuh hati pada dia, tetapi aku pendamkan saja..
Dan kini hanya berkawan seperti biasa, dalam waktu berkawan aku ceritakan apa yang berlaku dulu.. Aku cuma katakan anggap kisah lama aku ni sebagai cerita kosong untuk mengisi ruang dalam topik perbualan.
Dia agak terkejut dengan cerita aku (aku rasa lah), kenapa tak beritahu waktu dulu? kata dia.. Aku cuma tersenyum sendiri, aku jawab "silap aku, aku takut nak luahkan.."
Dan sekarang aku rasa serba salah bila dapat tahu dia akan datang, dan ingin berjumpa aku dan kawan-kawan lain.
Aduh! serious aku rasa sangat malu untuk berjumpa dengan dia walaupun bukan berdua.
Memang aku ada rasa rindu pada dia, tapi takkan sampai aku nak jumpa dia. Dia milik orang, aku milik orang. Dan pada itu, dia memang tahu aku pernah sukakan dia tapi dia pernah ke sukakan aku? Pernah ke dia berperasaan begitu pada aku?
Aku sendiri tak tahu apakah aku harus diamkan diri, elakkan diri dari berjumpa dengan dia. Aku pernah beritahu dia, in sha Allah aku tak janji untuk dapat berkumpul bersama kawan-kawan yang lain..
Ibarat ambil pistol letak kat kepala sendiri dan tarik picu! BANG! Dia agak bengang dengan kenyataan aku, dia terus diam tak membalas. Perbualan terhenti sekejap ( agak lama, esok pagi nya baru dia balas ).
Itu pun setelah aku kata aku akan cuba untuk hadirkan diri lepak dengan dia dan kawan-kawan lain. Aku dah rasa lain macam, rasa malu, serba salah dan lain-lain.
Sebabnya, aku pernah ceritakan hal aku dulu-dulu pada dia. Jadi, aku agak malu dengan keadaan itu. Hanya aku yang pernah ada perasaan begitu, tapi dia takde pun.. so bole imagine kan, perasaan aku sekarang.
Aku ibarat jatuh tangga ditimpa pasu bunga. Faham? Aku panjat tangga, jatuh.. Pasu bunga jatuh kena aku pula.. haaa kan sakit tu..
Perasaan yang wujud antara manusia itu tiada pengakhiran kecuali kematian yang akan mengakhiri segalanya
DamageCrew™
Aku suka lepak cybercafe, aku mula kenali apa itu komputer, apa itu internet, apa itu perkenalan alam maya.
Aku bermula dengan mirC, server dal.net dengan webnet. Di situlah aku berkenalan dengan seorang gadis muda dari aku, nama dia ??? ( rahsia ). Orangnya bagi aku cantik, comel, periang dan jujur.
Lama kelamaan, aku dengan dia semakin rapat. Perhubungan tidak sekadar di alam maya, malah saling bertukar no.telefon rumah. Bermula itu line rumah agak sibuk kerana saling berhubungan mahu mengenali lebih banyak diri dan perasaan masing-masing.
Declare! Haha, utk kali pertama aku bergelar boyfriend kepada seorang perempuan. Perghh, sungguh teruja bila ada awek sendiri.
Bermula kisah romantik sepasang couple yang sedang hangat bercinta, sehari tak berhubung rasa ada kekurangan, makan tak lalu, tidur tak lena, mandi basah ok! Serious aku cemburu bila ada lelaki cuba nak dekati dia, ye la sayang kan..
Bulan demi bulan berlalu, satu tamparan hebat buat aku kerna mendapat tahu dia anak orang kaya! aku rasa kecil diri aku ini, aku bukan orang senang.
Aku cuba untuk bertahan, tapi hari demi hari aku rasa sakit hati kerana telinga aku rasa bingit dengan suara-suara yang memerli aku.
Aku akui, kalau keluar dating dengan dia kebanyakkan dia yang belanja. Jadi perasaan aku tak keruan, fikiran aku agak terganggu.
Aku rasa bersalah dengan dia, sungguh dia amat baik dengan keluarga aku. Aku memang sayang dia lebih dari diri aku.
Tapi aku tak mampu dengan ayat " Kau kawan dengan dia sebab harta dia kan " .. lagi pedih bila ayat tu keluar dari abang dia. Aku berkawan kerana hati dan perasaan, bukan kerana harta. Ya memang keluarga aku tak setaraf dengan keluarga dia, itu memamg aku akui.
Salah ker? Pipit tak boleh terbang sama dengan enggang kan, aku semakin tertekan bila keluarga dia berpindah ke segamat kerana ayahnya di naikkan pangkat (aku rasa la).
Emosi aku tak menentu, fikiran aku kusut. Jauh aku nak jumpa dia, aku rindu dia. Aku tak boleh terima keadaan begitu, keadaan yang membuat aku berubah menjadi pemarah dan seorang yang kuat cemburu.
Keluarga banyak nasihat kan aku supaya sabar, banyak berdoa, ingat taraf kita tak sama dengan dia.. Setelah hampir 2 tahun hubungan kian retak, kian sepi.
Akhirnya, aku buat keputusan yang agak drastik. Untuk pertama kali, aku mengalirkan air mata kerana seorang kekasih hati yang akan aku lepaskan.
Maafkan aku atas kekhilafan/kesalahan diri aku selama kita kenal, aku tak sanggup marah kau lagi, aku tak sanggup jauh dari kau, aku tak sanggup lukai hati kau tapi demi kebahagiaan kau yang akan datang, aku rela lepaskan kau pergi walau jauh sudut hati aku memberontak untuk bersama kau.
Kadang-kadang kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Cinta tak semestinya bersatu, cinta itu memerlukan pengorbanan demi kebahagiaan orang yang kita cintai.
DamageCrew™
Sometimes aku sangkakan seseorang itu senang dengan cara aku..
Ya.. boleh borak, boleh gelak, dll.
Tapi ada masa aku terfikir adakah aku hanya SATU pilihan di kala dia kebosanan dan sekadar mengisi ruang dikala dia kesunyian..
Aku menanti sebuah kepastian untuk mendapat jawapan dari dalam hati dia, mungkinkah cuma aku sahaja yang rasa sayang tapi dia tidak?
Adakah sama perasaan dia terhadapku?
Memang perasaan itu hadir tanpa di sangka. Fahamkah dia akan maksudku ?
Jujur aku lelah dengan semua ini..
Aku tidak memaksa dia utk sayang atau bersama dengan aku. Biarlah dia sendiri ikhlas untuk menerima semua itu...
Untuk hari ini, aku menanti hingga ke saat ini.
Tiada jawapan, tiada pertanyaan.
Hanya aku yang berperasaan seperti itu?
Adakah aku patut diam setelah apa yang berlaku?
Tepuk dada, tanya selera..
Diam itu lebih indah kan..
Maaf jika mengganggu kehidupan dia seharian..
Aku coba tuk menepis perasaan selepas ini..
Ya, yang istimewa memang sukar dimiliki..
Ada masa kita menanti sesuatu yang tidak pasti..
Aku tak mengharap utk menjadi orang yg. penting dalam hidup dia, kerana aku tau ianya adalah sesuatu yg. mustahil dan besar bagiku.
Aku hanya berharap satu masa nanti, jika aku dan dia bertemu dan pada tika dia melihat ku... dia tersenyum.
Dan mengingati bahawa aku pernah selalu menyayangi dia.
DamageCrew™
Untuk kali ini aku akan ceritakan cerita yang agak lucu bagi diri aku selepas exam SPM.
Kisah yang tak disangka ini berlaku sewaktu aku hendak pergi ke rumah kawan aku. Ketika mahu parking motor di perkarangan rumah, aku terpandang beberapa gadis bermain di sekitar kejiranan rumah kawan aku..
Aku hanya tersenyum melihat telatah gadis-gadis itu sesama sendiri.Di situ aku beranikan diri, salam perkenalan aku hulurkan.. bertanya nama, umur berapa, tinggal mana dan sebagainya..
Ya, aku berani kan? haha..
Agak janggal bila aku berborak dengan gadis-gadis itu.. Mungkin aku tak biasa kerna aku jarang dekati gadis yang sebaya atau hampir dengan aku.
Waktu sekolah dulu, aku agak nakal.. Kawan sekolah aku yang perempuan akan di kacau oleh aku and the geng.. So itu sebab nya kot aku kurang kawan perempuan.
Berbalik kisah gadis tersebut , 2 or 3 hari lepas tu. Aku datang ke rumah kawan aku dan menerima sepucuk surat.. Surat pemilihan.. ada 2 gadis yang nak kenal aku lebih rapat!
Oh blur.. Mana boleh sekali dua! cukup seorang je bagi aku utk rasa ada awek. Aku suka yang sorang ni, agak lasak tetapi yang sorang lagi nampak sopan.. Akhirnya aku memilih yang agak sopan kot, aku pon tak berapa ingat..
Aku singkatkan cerita, kenal tak lama, tak declare couple pon, just kawan, sebab aku tak reti nak lebih-lebih.. lepas tu, henti berhubung!
Bagi aku agak lucu, kerana time tu boleh pulak terdengar lagu "Disana menanti,Disini menunggu" dalam radio..
Aku rasa ok kot berkawan dengan perempuan, cuma lain sikit rasa bila dengan perempuan..
Itulah yang berlaku pada diri aku, perkenalan yang agak lucu.. Kena buat pilihan, tetiba lagu kat radio ampir sama kisah aku.. Tapi tak lama pon, sbb aku tak reti tu semua..
Ketawa aku menghilangkan rasa kekeliruan dalam kenangan.
DamageCrew™
Dikala duduk seorang diri,
aku terkenang zaman persekolahan, memori berkasih bercinta hampir tiada kerana perasaan takut untuk bersama gadis seusiaku. Dalam aku minat seseorang, aku takut tuk luahkan mahupun untuk ucap salam perkenalan.
Melihat pada diriku, aku rasa banyak kekurangan sehingga membuatkan aku takut dan malu untuk berkenalan dari gadis yang aku minati. Ya, aku takut bertepuk sebelah tangan..
Setelah kian lama tak jumpa, hampir lebih 15thn dan baru kini berjumpa kembali di alam maya namun segalanya sudah terlambat. Aku sudah berkahwin, dia pun sudah berkahwin.
Namun kenangan waktu dulu tiba-tiba menjelma kembali. Teringat yang aku pernah rasai kelainan perasaan terhadap dia. Waktu itu, aku selalu mengusik dia, terbayang senyuman yang pernah menarik perhatian aku dan jelingan marah dia kerana usikkan dari aku.
Banyak kenangan aku dgn dia tapi aku kurangkan untuk mengingatinya kembali, kerna aku seorang yang lemah dengan perasaan..
DamageCrew™